Skor padanan dan curation
Nombor 0–100 pada setiap cadangan tudung ialah anggaran kesesuaian visual dengan warna baju — bukan penilaian kecantikan peribadi dan bukan “AI magic”. Skor tinggi bermaksud kombinasi itu selamat, harmoni, atau kontras yang kami anggap sesuai untuk gaya hijabi harian.
Dari mana nombor datang?
- Pangkal 50 untuk setiap pasangan baju–tudung dalam dataset.
- Peraturan automatik — contoh: pasangan neutral, undertone warm/cool, bezakan kecerahan (CIE Lab), hubungan hue, clash saturation, pastel, metallic pada baju gelap. Skor dicap antara 0 dan 100.
- Overrides manual — fail
overrides.jsonboleh menaikkan, menurunkan, mengecualikan, atau menukar gaya (Selamat/Berani) dengan sebab BM yang kami simpan untuk audit dalaman. - Bonus ton kulit — pada tudung sahaja, 0–8 per profil (Cerah, Kuning langsat, Sawo matang, Gelap); mempengaruhi susunan apabila chip aktif, bukan skor asas padanan baju.
Selepas ubah data, kami jalankan npm run data — jangan edit pairings.json tangan.
Apa yang anda nampak di halaman
Setiap tudung dalam lapan teratas ada skor, gaya, majlis (contoh kerja, raya), dan bullet sebab dalam BM. Jika pasangan disentuh manual, kami kekal tunjuk nombor akhir dan sebab yang boleh dibaca.
Had yang perlu jujur
- Warna skrin ≠ kain sebenar — lighting kedai dan batch fabrik berbeza.
- Katalog 41 warna baju ialah petunjuk fesyen, bukan setiap jenama Shopee.
- Corak, lace, dan songket tidak dimodelkan — hanya warna solid.
Footer laman: “Warna di skrin ialah anggaran; warna fabrik sebenar mungkin berbeza.”
Macam mana kami kurang salah
Alias carian (contoh navy, biru gelap) dikumpul dari cadangan Google dan diselaraskan ke slug warna. Pasangan yang terkenal di Malaysia (maroon + cream, navy + dusty pink) dijadikan rujukan semasa semak overrides.
Panduan teknikal dataset: repositori hijabcombo-data/README.md (untuk pembangun).