Gaya padanan tudung dan baju

Tudung dan baju boleh dipadankan supaya rupa tenang (harmoni) atau lebih menonjol (kontras). HijabCombo label setiap cadangan sebagai Selamat, Lembut, Elegan, atau Berani — itu cara kami terjemah gaya ini tanpa jargon roda warna penuh.

Padanan harmoni (analog)

Warna “sekelompok” — contoh sage green dengan cream, atau dusty pink dengan blush pink. Mata nampak selesa; sesuai kerja harian, kelas, atau outing santai.

Kontras lembut

Baju dan tudung berbeza cukup untuk nampak “lengkap”, tanpa terlalu teriak. Contoh popular: navy + dusty pink, maroon + champagne, charcoal + baby blue. Banyak cadangan Berani atau Elegan di dataset kami jatuh dalam kelompok ini.

Neutral sebagai jambatan

Baju atau tudung hitam, putih, beige, charcoal sering jadi “asas” supaya warna lain tidak bertembung. Lihat juga undertone dan neutral.

Macam mana HijabCombo susun lapan cadangan

Skor teknikal (kontras cahaya, undertone, clash) ditentukan dulu; label gaya membantu anda pilih mood. Dua tudung dengan skor hampir sama boleh berbeza gaya — satu Selamat, satu Berani — bergantung saturasi dan hue.

Baca maksud skor →